Monday, February 28

:: Hari yang boleh di katakan Penat ::

Hari ni boleh di katakan penat lah.. Bangun awal tu satu hal.. Then, mak bising2 masa aku bangunn tu.. Biasa la, mak tu celik je mata dia tau nak bising je lah.. Sampai aku ni pun kadang2 dah naik boring.. Tapi nak buat macam mana... bukan nak boleh duduk mana2 pun.. Suka tak suka duduk je la dengan dia orang ni.. +__+


Lepas daripada tu aku chat kejap and mandi.. Pergi cari kerja dekat jusco perda.. haish, tah la keje apa nak dapat.. Kalau dekat KL tu lain la.. Kawan akuy banyak keje kat KL.. Padahal pointer tak gempak mana pun.. Hebat aku lagi.. Tah la.., maybe rezeki dia orang kot.. Aku duduk macam ni la.. Daripada sambung study, berhenti..................... Sebab, tak ada duit.. Time YONG dulu ada je duit.. Nak buat macam mana.. Aku ni nasib tak baik je.. Susah memanjang.. Ni "Idaham" dah tak ada.. siapa nak tanggung aku?? :(
Bayar broadband aku tiap2 bulan.. Sedih la aku macam ni.. Aku duduk sini semua bergantung dengan internet je..:(((


Bila dah tak ada internet lagi, mmmmmm... mati la aku jawabnye.. Ni nak keje lak.. aduyai.. Tak pe lah.. Aku ikut je.. Ni semua pasal nak pakai kereta baru.. At least semua orang happy and aku pun happy..:) Tapi aku nak life aku sendiri.. Nak keje kat tempat orang and suvive sendiri.. Tak de la duduk dengan mak ayah je.. Ni badan dah makin gemuk.. Cam ne nak bagi kurus.....???????????

Thursday, February 10

:: Sakit Hati ::

Hari ni macam biase bangun awal sebab bersihkan sangkar kucing.. sejak-sejak bela kucing baru ni, aku rajin bangun awal.. hehehe.. lepas daripada tu, memang confirmla kan tak le nak tido balik even kita mengantuk camne sekalipun.. Nak on lappy, button space and M tak berfunction.. Adoi,tension  aku.. Semua comment and message kawan-kawan kat facebook tak le nak reply.. So, sape-sape lepas ni kalau aku tak balas comment korang, faham-faham la ye.. Aku nak repair memang tak la kot.. Beli baru pun maybe tak :'( 
So, tak tau la nak buat macam mana.. Yang mak pulak, aku suruh tanya ayah password lappy yong, ayah tak bagi.. Alah, takut sangatla aku kacau file2 dia dalam tu.. Aku ni kalau  betul-betul jahat dah lama aku bagi lingkup lappy die tu.. Ni tak,aku beli antivirus Kaspersky lg.. Tapi dah tak jaga, memang lingkup la.. Lagi pun, benda bukan dia beli kan.. Haish, aku memang pantang gila dengan orang macam ni.. Tapi nak buat  macam mana.. Mak and ayah pun sokong die.. Siap gelak-gelak lagi depan ruang tamu tu.. Anak kesayangan diorang.. Biar la.. Sayang sampai bagi pijak kepala depa pun tak pe.. Haish, tahla..


Malam ni aku pergi beli USB keyboard dengan ayah.. Tu pun aku tak banyak cakap.. Malas..!! Haish, kenapa lah aku tak nak dapat kerja area2 KL ke.. sel ke.. aku dah bosan duduk penang bodo ni.. Penang bukan tempat aku ok.. Then, masa sekarang ni kalau aku dapat seribu ke or plus umah kat KL.. memamg aku blah dah duduk KL la..bye2 PENANG ni.. Mak ayah pun tak payah nak bising2 pasal aku.. Diorang dah ade yong pun boleh hidup jugak.. Aku ikut2 perangai macam yong tu kalau aku yang jadi mak memang aku tak maafkan dah.. Ni tak, sayang punya pasal kan.. Aku pun tak leh nak kata ape la... (: Hak masing-masing.. Tapi aku sedar la siapa diri aku ni di mata mereka.. Ikut-ikut sedih gile cerita aku ni.. Aku ni nak ape pun kene cari sendiri.. hidup berdikari.. Tapi kalau yong mintak ape semua dapat.. Tapi mungkin juga nasib die lebih untung daripada aku.. Even aku dua beradik pun, mak and ayah tak mampu nak bagi adil.. Aku sedih.. sedih yang teramat.. Kenapa mereka buataku macam ni? Buat aku cam tak de perasaan.. Hanya TUHAN je tau hati dan perasaan aku masa ni.. Duduk dengan diorang aku rasa siksa gila. Kasing sayang ni kalau dapat aku beli kat mana-mana kedai.. aku nak sangat beli banyak-banyak..

Cara terakhir yang aku dapat fikir, adalah aku nak kawin.. Tak kisah la dengan siapa pun.. Tua muda.. Janji die ikhlas jaga aku dengan baik.. Aku perlukan kehidupan baru yang lebih baik.. Aku nak jadi macam orang lain.. Niat di hati nak belajar balik pun tah ke mana.. Hilang semua semangat aku.. Yang aku ade kini adalah kawan-kawan yang betul2 faham isi hati aku ni.. Aku sebenarnya sekarang ni terlalu sunyi.. Perlukan teman untuk bergurau dan macam-macam lagi.. Tapi entahla.. Sama-sama la tengok macam mana kesudahannya cerita aku ni.. Semuanya aku akan tulis di blog ni.. Hanya kawan-kawan yang betul-betul faham aku je yang akan follow blog ni.. Yang lain tak di benarkan sama sekali...

Wednesday, February 2

:: Headache ::

Hari ni memang rasa headache gila.. :( Sebabnya tenung computer ni dari petang semalam sampai nak dekat subuh tadi.. Pwee!! memang aku teruja gila nampak dengan blog kali ni.. Tak pe la kan.. As long as aku tak ada keja ni memang patutlah aku buat something  yang boleh isi masa lapang aku ni.. :)

Around petang, MSN dengan abg Shah yang duduk di Ad-Doha tu.. Aku buatkan dia facebook.. Hehe, suka dia and aku pun suka jugak sebab dapat tolong orang.. Lagipun bagi aku facebook ni penting, sebabnya kat sini lah tempat aku nak contact kawan-kawan.. Nak harap aku message-message semua?? Hmmm, memang tak lah kan.. Aku ni dah la pemalas gila nak message-message orang.. :P

Macam ni nak ada  boyfriend?? Kirim salam lah jawabnya.. Nak bergayut cakap phone lama-lama pun aku malas.. Tak tau kenapa.. *&^%$#@!
Sesiapa yang tak kenal dengan aku maybe akan cakap aku ni berlagak.. But no! it's not me... :D
 Malam ni aku teringat pulak masa pergi Sunway Carnival hari tu :( Aku visit NOSE!! jam dia cantik sangat.. Ada lagi, VINCCI pun sama!! Aduhai, yang touching nye.. Aku tengok kat VINCCI shop ni, amoi tu beli dengan boyfriend dia.. Maybe sempena CNY ni kan.. Wow!! So romantic.. :P

By the way, aku suka tengok orang couple yang bahagia je.. :) Pada yang tak tu..., sorry lah! Tentang aku pula, heheh minta maaf :P I hate Love :D


Tuesday, February 1

:: Second time blogging in blogspot ::




Assalamualaikum kepada semua yang dapat membaca blogg I ni..
Anyway, this is my second time use blogspot.com to write a blog..yang first account tu lupa password.. xanga pula off terus that account, sebab i have that blog just for him..

But now, between he and me was over.. So, tak payah la nak fikir-fikir pasal dia lagi..^_^
I'm single and not available for now even though I'm not in love with him anymore.. ;)
Back to the point, image of book and stethoscope refer to my background that is "I'm a medical student"! I wanna be a doctor..  
( intelligent + smart + gorgeous + kind ) of doctor ;P
I'm a very open minded person.. you can ask any questions that you want especially about medical..
Today, nothing special happened.. But yesterday, I watched "The Green Hornet" with my sis.. The movie was so cool and I love the car designed by
"Jay Chou".. 

Awesome!! Sesiapa yang tak tengok lagi boleh la pergi esok ke.. or waiting for the CNY.. next movie maybe tengok dengan my sis lg + my bestfriend "Dangdut" ^_^ 


~ As Andrew ~